www.medialawak.blogspot.com
Krikk..krikkk..krikkk...krikk..
Gesekan kaki sang Cengkerik atau nama saintifiknya Trapidos Lavida Loca bak kelentong cikgu kelas Biologi saya ketika disekolah menengah dahulu ternyata berjaya mempengaruhi minda saya diwaktu mendengar cerita kisah mistik yang berlaku disebuah kampung (nama kampung dirahsiakan atas dasar rasa malu yang tak terperi ) pada era tahun 80an dahulu.Kisah ini adalah berdasarkan penceritaan semula oleh Allahyarham En.Bakhtiar Mokhtar (1957 - 2003 ) yang saya temui ketika beliau sedang berhenti rehat sewaktu bekerja sebagai pemeriksa tiket bas di daerah yang saya juga rahsiakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Bagi saya cerita ini adalah harus diketahui oleh masyarakat kita tentang betapa bahayanya gejala santet a.k.a sihir yang sering menjadi amalan keji dan tidak bermoral dalam masyarakat Melayu kita.Ikutilah kisahnya dengan penuh rasa rendah diri dan insaf.Sekian.Terima Kasih.
23 Julai 1982
Jam ditangan kalau diamati kiranya sudah menunjukkan tepat pukul 11.23 minit malam, dimana dan sudah semestinya hanya tinggal lagi 37 minit sahaja lagi untuk jarumnya menunjukkan tepat detik 12 malam.Ini adalah matematik mudah wahai pembaca-pembaca yang dihormati sekelian.Dan saya selaku penyampai cerita ini percaya bahawa pihak pembaca pasti merasa bangga yang teramat sekiranya perkiraan masa ini dapat dilakukan dengan tepat bukti anda telah berjaya memanafaatkan ilmu matematik yang anda belajar disekolah, baik sekolah rendah mahupun disekolah menengah.
Dibawah cahaya rembulan yang agak suram ketika itu kelihatan kelibat dua manusia teraba-raba mencari arah.Sekali sekala sinar dari percikan cahaya pemetik api salah satu daripada kelibat manusia itu sedikit sebanyak dapat membantu apa sahaja makhluk yang berada pada jarak radius1.3 meter untuk mengecam siapakah gerangan kedua-dua manusia tersebut.
" Woi..mana ni?! Aduih..apa ni Jalil?Kau ni biar betul..gelap sangat ni..seram aku..betul ke ni jalan nak pegi rumah makcik tu? Kedengaran suara lunak seorang wanita menyebutkan nama seorang lagi yang sudah semestinya lelaki kalau diikutkan pada nama yang dipanggil dalam nada tidak puas hati yang membara.
" Alah..sabar lah ..ko ni pun...betullah ni..aku konfiden ni lah jalan nak kerumah makcik tu..jap lagi sampai lah ni...ko sabar yek Wati..sabar lah sikit" jawap lelaki yang dipanggil Jalil sambil jarinya berulang kali memetik pemetik api ditangan dengan tujuan untuk menerangi kawasan sekeliling mereka.Dalam kesamaran yang kelihatan hanyalah deretan kilauan putih gigi hasil dari pengunaan ubat gigi Darkie ( sekarang ditukar ke jenama Darlie ) secara berterusan oleh lelaki yang bernama Jalil itu tadi menyengih kerana berasa lucu dengan rintihan yang diluahkan oleh wanita yang bernama Wati yang bersamanya dikala itu.
Selang 8 minit kemudian langkah kedua-kedua manusia ini terhenti setelah didepan mereka tersergam sebuah rumah yang hanya diterangi oleh cahaya pelita sayup-sayup menembusi dinding papan yang agak jarang.Pintu rumah tersebut tertutup rapat dengan satu poster terlekat didada pintu.Lelaki yang dipanggil Jalil itu tadi segera mengambil inisiatif merapatkan diri pada pintu rumah sambil menyalakan pemetik api ditanganya dengan niat untuk membaca tulisan yang tertulis diposter yang diperbuat dari manila card itu yang berharga sekitar 30 sen diwaktu itu.
Dukun Propesiyonal Mak B'idah
Waktu Urusan:
8 malam - 12 malam sahaja.
Isnin hingga Sabtu.Ahad tutup cuti.
Kebolehan mengubat :
Boleh ubat kerasukan,membuang saka,mandi bunga,
jampi kalau sakit perut,urut kalau kaki krem,
pasang susuk lawa,menghalau hantu raya,pelesit,pocong,kum-kum,
penanggal,galah,alien ufo,toyol,puntianak,vempayer,
werwof dan segala macam hantu dan jin yang ada
kat sini ,saya tak larat nak tulis sebab banyak sangat.
Nak santet atau nak kenakan orang pon boleh kalau ada rasa
sakit ati tapi itu kenalah rahsia.
Poster ini Zali yang tulis sebab Mak Bi'dah suroh.
Terime Kasih Dari Zali.
" Wati!..sah!ini lah rumah dia..hehe..jumpa jugak kita akhirnya "
Senyuman kelihatan terukir dibibir wanita yang bernama Wati setelah mendengar kata-kata
dari lelaki tersebut.Tanpa berlengah Wati dengan lantang memberikan salam!
" Kum salamm.....cape tuhhhh? Ada orang ke kat luar ?" kedengaran satu suara
wanita yang agak berusia membalas dari dalam rumah.Serentak itu juga pintu dibuka dan tampaklah sesusuk tubuh wanita yang pada pandangan mata kasar kelihatan seperti tubuh anak dara yang cukup cantik dan menggiurkan pada mata siapa yang melihatnya.
" Masuklah nak...mak memang tau engkorang nak datang ..mak pun tau hajat korang ni berdua..masuklah jangan malu-malu..meh masuk nak.. " ucap wanita yang bergelar Mak Bi'dah berdasarkan pada tulisan poster yang ditulis oleh Zali anak lelaki sulong Ishak Kitam yang juga merupakan anak kepada Mak Bi'dah yang dikala itu menetap di Kajang ,Selangor Darul Ehsan.
Kedua-dua Wati dan Jalil berasa agak hairan disaat memandang akan susuk tubuh Mak Bi'dah yang masih bergetah dan menghairahkan umpama tubuh anak dara sunti belum berusik.Sangkaan awal mereka Mak Bi'dah mungkin adalah seorang wanita tua krepot yang hanya menunggu waktu terakhir ,menghabiskan sisa usia bak kata pepatah "Rumah kata pergi..kubur kata mari".Namun sangkaan mereka meleset sama sekali.Mak Bi'dah tampak jauh lebih muda struktur fizikalnya berbanding usianya.
"Wati..ishh..mantap betul orang tua ni...body dia..fuhh..cun .." bisik Jalil pada Wati sambil kedua-dua mereka masuk dan melabuhkan punggung masing-masing ke lantai diruangan tamu
rumah tersebut yang hanya berlapikkan tikar mengkuang kusam tanpa sebarang perabot.Mujurlah ada cahaya pelita yang sedikit sebanyak menerangi kawasan didalam rumah milik Mak Bi'dah .Andai kata tidak ada sebarang bantuan cahaya terang sama seperti kegelapan malam diluar sana alamat pastinya mereka berdua akan tersesat dan berkemungkinan besar akan termasuk kedalam tandas rumah itu secara separa sedar ataupun diluar sub- concious mind bak kata orang putih.
Dengan bantuan sinar cahaya pelita yang berbalam -balam itu juga,Wati mampu melihat dengan jelas wajah Mak Bi'dah yang nampak berusia jauh berbeza dari tubuh fizikalnya yang begitu montok dan menggiurkan.Timbul tanda tanya dihati Wati sekali lagi.Bagaimanakah ini boleh berlaku?Why?What?Who?When?
" Hehe..kau mesti heran kan kenapa badan Mak Bi'dah macam ni kan?" Mak Bi'dah memulakan perbualan.
Wati tersenyum malu setelah persoalan dihatinya terbongkar hasil tilikan Mak Bi'dah.Dan bagi Jalil pula sejak melihat Mak Bi'dah dimuka pintu sehinggalah dia masuk dan duduk di ruang tamu matanya masih lagi tidak beralih dari memandang ke arah dada Mak Bi'dah.Kagum dengan apa yang dilihatnya membuatkan Jalil tidak sedar sama sekali bahawa dia telah masuk kedalam rumah itu tanpa membuka sepatunya sebagaimana adat tatasusila kebiasaan orang Melayu jika bertandang ke rumah orang lain.
" Jangan risau nak...Mak boleh ajar..kalau kau nak kelihatan cantik selalu ..itu kemudian punya cerita..mula-mula sekali Mak nak dengar sendiri dari mulut anak..apa hajat anak..mak dah tahu..tapi lagi elok kalau anak sendiri yang cakap..sebagai syarat pengubatan" sambung Mak Bi'dah lagi.
Wati mengalihkan pandangannya pada Jalil.Sama seperti tadi juga Jalil masih lagi tidak berkedip matanya memandang kawasan dada Mak Bi'dah seterusnya mengendahkan Wati yang memandangnya.Kecewa dengan kelakuan Jalil,Wati kembali menatap wajah Mak Bi'dah yang agak samar-samar.Selepas menelan air liur Wati mula bersuara menyatakan kisah dan hajatnya.
" Erm..camni mak...saya ni...ermm..sebenarnya ..ada benda nak mintak tolong kat mak...ini pasal abah saya ni...dah dekat 4 bulan buat perangai..tak pedulikan mama saya..pagi-pagi buta dia dah siap pakai lawa-lawa..wangi-wangi..kata nak pergi beli roti canai..tapi keluar pagi buta.. balik petang..roti canai satu hapah pun takde..alasannya dia kata kat mama saya mamak kedai roti canai tu Jin dah culik.Jadi dia seharian kat balai polis buat report.Lepas tu bila tiba time malam jer..sebelum Maghrib dia keluar lagi..kata nak pergi surau ..memang pun dia pakai kain pelikat siap bersongkok suma..tapi kita orang nampak dalam kain tu abah saya pakai seluar panjang yenki dia..siap berstokin..bila tanya kenapa pakai seluar kat dalam..abah marah-marah kata dia nak elakkan diri dari kena gigit nyamuk Aedes.Dia cakap kami anak beranak takde kesedaran sivik sebab tak baca buku sains.Saya pelik sebab setahu saya dia langsung tak pandai membaca ..jadi bila masa pulak dia baca buku sains?Dan yang pergi sekolah pun cuma saya dan adik saya jer.Lepas tu plak.. skang ni duit dia hasil menoreh langsung takde..bila mama mintak dia naik hantu kata yang dia dah ditipu oleh peraih getah yang bagi dia duit siam.Kami sekarang anak beranak asyik makan sadin jer..sadin! ..sadin!...sadin!..naik muak saya makan sadin hari-hari!.
Bila saya bising ..abah bagi alasan yang sadin tu penuh dengan khasiat yang dipercayai sejak dari turun-temurun zaman berzaman.Khasiat apa saya sendiri pun tak tahu.Saya kesian nengok mama saya..dia skang asyik berkurung kat dalam bilik air sebab terlalu makan hati.Saya selaku anak saya faham sangat yang mama tengah sedih.Saya pun turut sedih tengok keadaan mama.Tapi mama tak faham yang saya ni perlu mandi untuk pergi kerja.Dah nak dekat 2 minggu setengah dah saya ke tempat keja dengan tak mandi pagi.Sukar bagi saya tuk nak lalui liku-liku hidup yang sebegini.Saya confuse! ..confuse sangat-sangat! Ini semua pasal perangai abahlah yang tetiba je berubah.Last-last saya dapat tau dari orang kampung yang abah rupanya tengah gila bercinta dengan satu janda dari kampung ni jugak.
Saya cari punya cari saya akhirnya saya dapat tangkap gambar pompuan tu masa abah sorok-sorok jumpa dia.Saya tunjuk pada mama saya sebagai bukti ..dan skang mama lepas tengok gambar tu jadi makin teruk..dia dah mula conteng-conteng dinding rumah.Kekadang sampai tahap saya tengah tido pun dia conteng kat muka saya.Bila saya bangun tengok pepagi kat cermin kekadang dia lukis gambar kucinglah..pokok betiklah..gambar terung pun ada kat muka saya.Saya tak tahan hidup camni lagi .Hati saya sakit dan tertekan.Saya kesian tengok mama.Saya nak minta bantuan mak...saya nak mak buatlah apa yang patut..kasi pompuan tu jangan kacau abah saya lagi..kalau boleh saya nak mak buatkan sampai pompuan tu cacat atau mati .Saya tak mahu lagi hidup merana dan confuse 24 jam.Saya harap mak dapat tolong saya.Ni pun saya rasa macam nak nangis ni...saya confuse sangat-sangat mak.. confuse!!! bantulah saya..tolonglah"
Mak Bi'dah merenung ke arah api pelita yang meliuk-liuk sambil menghela nafas yang panjang setelah mendengar cerita secara panjang lebar dari Wati.Wajahnya berkerut seolah-olah sesuatu yang amat berat sedang bermain dibenaknya.Mulutnya terkumat-kamit berkata sendirian lakunya.Keadaan menjadi sunyi seketika.Anak mata Wati memandang perilaku Mak Bi'dah dengan penuh harapan.Anak mata Jalil pula masih lagi maintain pada kawasan dada Mak Bi'dah yang mengunung dan seolah-olah bergerak-gerak secara rawak.
Renungan Mak Bi'dah semakin dalam.Dia kelihatan mengeleng-ngelengkan kepalanya.Tingkah lakunya yang agak misteri itu mengundang seribu pertanyaan kepada Wati.Persoalan mula timbul dihati nurani Wati.Adakah dirinya telah melakukan kesilapan dalam ceritanya tadi?Atau adakah dia telah membuat sesuatu yang Mak Bi'dah kurang senang?
Kemudian Mak Bi'dah memandang Wati secara slow motion seraya berkata dengan tersipu-sipu dan perlahan-lahan,
" Nak...ermm..maaf kan mak ya...sebenarnya apa bahasa yang ko cakapkan tadi tu..kompius? binatang apa kompius tu ? Mak tak berapa nak paham sebenonyer ...hehe"tanya Mak Bi'dah.
" Confuse tu keliru mak...tu dalam bahasa Inggeris " jawap Wati perlahan dengan nada sedikit sedih.Bukan sedih dek melihat akan kelemahan Mak Bi'dah dalam memahami bahasa Inggeris.Tapi sedih apabila mengenangkan nasib yang menimpa dirinya disaat itu.
" Ooo..keliru maksud dia..yelah kalau cenggitu....mak paham nak...mak tau apa yang kau rasa ..memang dasyat sekali penangan yang abah kamu terima nak..kalau ikut pada firasat mak...abah kau ni dah terkena guna-guna dek pompuan ni..pompuan ##**% ni!..banyak ilmu dia ...yang jahat-jahat..mak rasa mak mungkin kenal siapa perempuan ni kalau ikut firasat mak.. tak berapa jelas tapi lambat laun mak akan tau juga...setinggi mana ilmu dia pun..mak boleh hapuskan ..kamu jangan risau ya nak...mak dah biasa dengan ini semua.Perkara kecik jer ni.." Mak Bi'dah mula membuka ceritanya berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh Wati.Dadanya tampak jelas berombak-ombak menahan kegeraman.Kegeraman yang turut sama dirasai oleh Jalil ketika melihat dada Mak Bi'dah berkeadaan turun naik sebegitu.
" Kau kata kau ada gambarnya kan? kau bagi mak ..bagi mak ajar betina ni..jenis pompuan macam ni kita kena ajar dia cukup-cukup..kau cakap kat mak..kau nak mak buat kan apa? butakan mata dia? lumpuh? bisu? cakap! " Mak Bi'dah meninggikan suara.
Sepantas kilat Wati meraba ke dalam bag tangan berjenama Bonia yang ada disisinya.Mujurlah lah Wati seawal-awalnya telah pun siap sedia mencetak gambar yang berjaya ditangkap olehnya dikedai gambar Soon Fat Foto di pekan tempoh hari sebagai persiapan untuk menyantet perempuan yang menganggu hidup abah dan keluarganya.Setelah berjaya mendapatkan gambar tersebut didalam bag tangannya ,Wati dengan tergopoh -gapah menghulurkan gambar itu pada Mak Bi'dah untuk proses menyantet.
" Ni gambarnya mak..muka tak berapa jelas..sebab saya ambil gambar ni atas motor tumpang motor orang jual roti.Saya terpaksa buat-buat berlakon jual roti.. "Wati memberi penjelasan seterusnya pada Mak Bi'dah.
Disulami dengan cahaya pelita , Mak Bi'dah cuba menatap gambar tersebut.Namun dek faktor usianya yang agak lanjut serta matanya agak kabur walaupun tubuhnya kelihatan muda belia ditambah lagi dengan kekurangan cahaya dalam membantunya untuk melihat foto itu sejelas-jelasnya,yang nampak hanyalah gambaran seorang wanita yang berdiri bersebelahan dengan seorang lelaki tua berseluar yenki dan berkasut boot Beatles berlatar belakang gerai cendol kepunyaan Rasheed Hameed.Gerai menjual cendol yang Mak Bi'dah serta seluruh penduduk kampung cukup kenal serta tahu akan kesedapan cendolnya takkala dihirup untuk menghilang dahaga ketika panas membahang.
" Huh..memang s*#l pompuan ni!!...sekali mak tengok pun mak dah tahu...satu badan pakai susuk..ilmu pengasih menunduk lelaki pun ada..patut la abah kamu gilakan dia!Jaga kau betina...malam ni kau tau lah penangan Mak Bi'dah!Berani kau nak tunjuk handal yer.." herdik Mak Bi'dah sendirian sambil diperhatikan oleh Wati yang mula menunjukkan muka sedikit bersemangat.Sedikit gembira dalam penantiannya untuk memastikan wanita pengacau keluarganya tu bakal terseksa kelak.
Mak Bi'dah meraba kearah sisinya.Satu lipatan kain hitam dapat dilihat oleh Wati berada disitu dengan bantuan cahaya dari pelita yang ada ditengah ruang tamu itu.Mak Bi'dah kemudiannya menyelak kain hitam tersebut dan diantara lipatan kain hitam itu tersemat beberapa bilah jarum tajam yang telah diikat dengan benang berlainan warna.Mak Bi'dah mencabut sebilah daripada jarum tersebut dan menujukan jarum itu pada imej wanita yang ada pada gambar ditangannya seolah-olah mahu menikam imej wanita
" Merongkek konet kuntet silu brapek kunyam lintek aku brabus nyo bulem nongiri kabutet..buta lah bijik mata kau dan bisu lah kau sampai akhir hayat!" jerit Mak Bi'dah membacakan serapah jampi bahasa kuno sambil menikam jarum tersebut pada kawasan muka imej wanita tersebut.
Kemudian prosedur itu berulang kembali tapi kali ini dengan jarum yang lain.
" Nyo kono kintet...nyo kuna kuntet! Sinchan aroyo pokemon mutuk...patah riuk lumpuh batang kaki kau!"pekik Mak Bi'dah sekali lagi dan kali ini jarum kedua itu ditusuk dibahagian kaki imej wanita itu pula.
Mak Bi'dah menyeringai..meletakkan gambar tersebut dilantai.Kemenyan pantas dibakar diatas dupa.Bau asap kemenyan segera memenuhi ruang rumah.Gambar yang telah ditusuk jarum tadi diasapkan oleh Mak Bi'dah.Jalil seumpama kehilangan fokus untuk meneruskan kegiatannya merenung dada Mak Bi'dah dari awal tadi akibat mengalami rasa loya kesan dari bau kemenyan yang sedang dibakar.Mak Bi'dah merenung Wati yang duduk terpaku melihat aksi mistik yang telah dilakukan olehnya sebentar tadi.
" Anak...dah selesai..yang pasti pompuan ni mak dah butakan matanya..dan lumpuhkan kakinya..biar dia azab..biar dia merempat...anak boleh balik..kalau ikut yang sudah- sudah...lepas 3 hari 3 malam kesannya akan sampai.Anak tunggu sahaja berita.Tak perlu risau lagi.Mak dah ajar perempuan tak guna ni.Oh ya..pengerasnya mudah aje..25 ringgit 25sen jer..kalau dah berkesan nanti anak bayar pada mak ..jangan lupa..!Kalau tak nanti benda ni akan berbalik pada anak dan keluarga.Satu keluarga akan dapat musibah!Apa yang anak perlu buat sekarang ialah tunggu dan tengok apa jadi pada pompuan tu.."Mak Bi'dah mengakhiri sessi mistik malam itu dengan pesanan terakhir kepada Wati.
Dan Wati tersenyum puas sambil terhangguk-hangguk setelah mendengar kata pesanan terakhir Mak Bi'dah .Manakala Jalil pula ,masih lagi cuba memfokus dada Mak Bi'dah walaupun dalam berkeadaan pening lalat!.
23 Julai 1984 ( 2 Tahun berlalu )
Cukup pantas masa berlalu buat Wati.Namun sela masa 2 tahun yang panjang itu masih belum lagi mampu untuk mengubat luka mahupun meredakan kegeraman Wati terhadap perempuan yang telah mengganggu keamanan keluarganya.Kata-kata Mak Bi'dah masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinga Wati.
" ...lepas 3 hari 3 malam kesannya akan sampai.Anak tunggu sahaja berita."
Dua tahun telah berlalu.Dua tahun Wati menunggu.Namun masih tidak kedengaran jua apa berita mengenai mana-mana perempuan yang jatuh sakit serta cacat akibat sihir yang dilakukan oleh Mak Bi'dah dahulu.Ini membuatkan dendam Wati semakin menebal hari demi hari.Jantungnya akan berdegup kencang disaat melihat Zabedah iaitu rakan baiknya yang diupah oleh Wati hanya untuk meronda kesetiap pelusuk kampung memasang telinga sekiranya ada berita terkini yang terjadi berbasikal masuk ke rumahnya setiap pagi.Akan tetapi disetiap pagi sepanjang dua tahun itulah juga Wati akan berasa kecewa apabila mendengar Zabedah menyampaikan cerita yang sama berulang-kali.Cerita mengenai dirinya yang sering dikejar anjing sekiranya dia melintas lalu didepan rumah cina berdekatan dengan sekolah sewaktu menjalankan aktiviti risikannya.Cerita berkenaan tentang betapa banyakknya selipar yang terpaksa dibeli gara-gara selipar yang terputus semasa proses melarikan diri dari terkaman anjing-anjing ganas milik cina tersebut.
Tempoh dua tahun itu juga menyaksikan banyak peristiwa yang telah berlaku dalam kamus kehidupan Wati.Peristiwa yang menambahkan lagi tekanan hidup Wati.Dimulai dengan kematian abahnya yang penuh tragis dan misteri selang 2 minggu selepas Wati bertemu Mak Bi'dah.Wati seakan-akan masih tidak percaya diwaktu Sahak menjerit-jerit dihadapan rumah memberitahu yang abah telah meminum susu getah yang telah susah payah ditoreh olehnya.Setibanya ditempat kejadian Wati hanya sempat melihat abahnya terlentang berbuih-buih mulutnya terkumat-kamit cuba menyanyikan lagu dendangan Alleycats yang bertajuk" Andainya aku pergi dulu".Rentetan kesan dari peristiwa itu juga emak Wati semakin parah trauma jiwanya,dimana selang 6 bulan pemergian aruah abahnya emak Wati telah mula menunjukkan tindak-tanduk yang agak esktrem.Tidak tahan dengan ketawa orang kampung yang mengetawakan emaknya yang mengaku dirinya adalah jelmaan Spiderman yang sebenar.Wati akhirnya akur dengan arahan ketua kampung untuk menghantar mamanya ke hospital psikatri demi keselamatan warga kampung.
Kini tiada erti lagi buat Wati untuk meneruskan hidupnya dikampung.Rasa malu dan terhina yang ada pada dirinya tidak dapat dibendung lagi.Wati telah nekad membuat keputusan untuk behijrah ke bandar jauh dari semua orang.Jauh dan bebas untuk memulakan hidup yang baru.Berbekalkan wang sebanyak RM 70 ringgit yang masih bersisa Wati melangkah meninggalkan kampung.Dan buat kali terakhir Wati menatap teratak usang peninggalan kedua orang tuanya.Tempat dimana dia membesar dari dulu hinggalah sekarang.Destinasi yang bermain dikepala nya ialah Kuala Lumpur.
" KL! KL!..suda sampe...suda sampe..muleh tulun ..muleh tulun!" jeritan pemandu bas tambang yang dinaikinya membuat kan Wati tersedar dari lenanya yang panjang setelah menaiki bas ini dari kampung.Matanya terkulat-kulat memerhatikan keadaan sekeliling.Perasaan kecil muncul dalam dirinya setelah melihat betapa sibuknya suasana di Puduraya ketika itu.Bangunan yang tunggi melangit disekelilingnya hampir membuat kan Wati lemas seketika.Jarang sekali baginya untuk melihat keadaan bangunan yang sebegitu tinggi disepanjang hidupnya.Namun lemas itu serta merta dimatikan dengan rasa lapar yang mendadak tiba bekeroncong didalam perutnya.Hati Wati berkata-kata yang dia perlu mencari tempat untuk mengecap sedikit juadah bagi menghilangkan rasa laparnya.Langkah diatur perlahan menaiki anak tangga menuju ke jejantas bagi memudahkan Wati bergerak ke seberang jalan.
Kelihatan di sana ada sebuah kedai makan yang tak kurang ramainya pelanggan sedang enak menikmati santapan mereka.Langkah kembali diatur oleh Wati.Sedang dia menyeberang jejantas untuk ke seberang sana anak matanya terpaku melihat akan seorang insan sedang terbaring kaku meminta sedekah di satu ruangan tepi ditengah jejantas tersebut.Timbul rasa sedih pabila dia mengenangkan nasib dirinya mungkin akan menjadi seperti insan yang terbaring itu memandangkan Wati tidak punya sesiapa pun sahabat handai mahupun saudara mara di kota metropolitan ini.
Wati menghampiri insan si peminta sedekah itu tadi.Timbul rasa simpati pada dirinya untuk menghulurkan sedikit wang kepada si peminta sedekah itu.Setelah diamati oleh Wati insan itu merupakan satu wanita yang kudung kedua kakinya.Terbaring kaki tidak bersuara.
" Makcik...makcik dah makan ?" tanya Wati pada wanita itu sambil menatap si peminta sedekah.
Ya tuhan!! Kedua matanya kosong! Timbul sedikit rasa seram pada sanubari Wati bila mengetahui b ahawa wanita itu buta kedua-dua matanya.Namun timbul semacam satu perasaan tandatanya timbul dalam dirinya.
Satu de javu seolah sedang berlangsung pada pandangan serta pemikiran Wati tatkala dia semakin mengamati wajah wanita si peminta sedekah yang terbaring laksana batang kayu mati didepannya.
Degupan jantungnya semakin kencang.Debaran dadanya makin menggunung.
Spontan Wati bertanya. "Ermm makcik ni nama apa ya?camne makcik boleh jadi camni?'
"Anak...nama makcik orang panggil mak Bi'dah..ntah la nak...dulu tetiba je makcik demam..lepas demam tu langsung makcik jadi camni..dah nasib nak..anak bantu la makcik ye...lapar ni hehe.."jawap wanita si peminta sedekah itu dengan penuh keyakinan dan kewibawaan.
Tamat
Kesimpulan cite bagi yang takpaham dan ber I.Q kurang dari ayam suntik di kilang CP Chicken Rembau N.S . ( Mak Bi'dah telah menyantet diri nya sendiri tanpa sedar kerana dia la wanita yang mengurat ayah Wati.Mekasih )
Friday, February 21, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment